Tanda Pertama Akhir Zaman

Kerana Kita Umat Akhir Zaman

Tanda Pertama Akhir Zaman

Tanda pertama bermula akhir zaman apabila diutuskan penutup nabi dan rasul. Siapakah nabi dan rasul yang dimaksudkan? Nabi dan rasul terakhir dan tidak ada nabi lain setelahnya adalah Nabi Muhammad SAW. Melalui perantaraan malaikat Jibril yang menyampaikan dan Baginda menerima wahyu pertama1Surah al-Alaq, ayat 1-5. Firman Allah yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” daripada Allah SWT dalam bulan Ramadhan pada tahun ketiga ketika mengasingkan diri di sebuah gua bernama Hira’.

Firman Allah dalam Surah al-Ahzab 33: ayat 40 yang bermaksud:

…dia adalah Rasulullah dan kesudahan segala Nabi-nabi.

Ulasan Ringkas

Para ulama menjelaskan dengan diutuskan Rasulullah SAW antara petanda kedatangan hari kiamat. Menurut ilmu sirah telah berlaku zaman kenabian bermula dengan penurunan Nabi Adam AS dari syurga ke dunia menjadi nabi pertama dan bapa manusia. Baginda adalah nabi yang waktu diutus kepada umatnya hingga terjadi kiamat (nabiyussa’ah) dan kematiannya adalah tanda pertama telah hampir datangnya hari kiamat. Zaman kenabian berakhir dengan kewafatan penutup para nabi dan rasul.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, dengan memberikan isyarat menggunakan jari telunjuk dan jari tengah:

“Waktu aku diutus (menjadi rasul) dan waktu kiamat adalah seperti ini.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)2Hadis Bukhari 6: 26.

Hadis ini dengan jelas memberitahu kaitan kenabian Muhammad SAW dan dekatnya hari kiamat kerana isyarat dua jari tangan iaitu antara jari telunjuk dan jari tengah itu bersebelahan. Nabi Muhammad SAW telah wafat pada tahun 632 M sehingga hari ini sudah pastinya kiamat semakin dekat dan tidak pernah jauh.

Di dalam sebuah hadis daripada Auf bin Malik RA, beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda:

“Hitunglah enam perkara di ambang kiamat, iaitu kematianku…”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)3Sahih Bukhari, kitab Al-Jizyati Wa Al-Muwada’ati, bab Masyukhdzaru Al-Ghodari, 6: 277.

Dua hadis ini dengan jelas memberitahu perkaitan Nabi Muhammad SAW dengan dekatnya hari kiamat. Baginda telah wafat pada tahun 632 M sehingga hari ini sudah 1400 tahun pastinya kiamat semakin dekat dan tidak pernah jauh.

Al-Qurthubi berkata, “Tanda kiamat yang pertama adalah diutusnya Rasulullah SAW, kerana Baginda adalah nabi akhir zaman dan tiada lagi nabi antara Baginda dan hari kiamat.”

Kewafatan Nabi Muhammad

Dengan kewafatan Nabi Muhammad SAW, maka terputuslah wahyu Allah SWT dan berakhirlah zaman kenabian. Ketahuilah, sesiapa yang mengaku menjadi nabi selepas daripada kewafatan Baginda adalah pendusta kerana agama Islam telah pun sempurna melalui firman Allah yang menjelaskan kesempurnaan Islam.

Artikel ini telah dikemaskini pada

Hamba yang mengharapkan keampunan TUHANnya,
Penulis Akhir Zaman (PAZ)

March 4, 2016

Nota Hujung   [ + ]

1. Surah al-Alaq, ayat 1-5. Firman Allah yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
2. Hadis Bukhari 6: 26.
3. Sahih Bukhari, kitab Al-Jizyati Wa Al-Muwada’ati, bab Masyukhdzaru Al-Ghodari, 6: 277.
Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *