Sheikh Imran Nazar Hosein

Kerana Kita Umat Akhir Zaman

SHEIKH IMRAN NAZAR HOSEIN

KELAHIRAN

Dilahirkan di Trinidad pada tahun 1942 M.

PENDIDIKAN

Beliau mempelajari Islam di Aleemiyah Institute of Islamic Studies, Pakistan. Mempelajari falsafah di Karachi University dan perhubungan antarabangsa di University of West Indies dan di Gradute Institute of International Studies, Geneva.

Gurunya Maulana Dr. Muhammad Fazlur Rahman Ansari al-Qaderi (1914-1974) semasa di Aleemiyah Institute of Islamic Studies.

PENULISAN

Beliau muncul sebagai seorang penulis Islam yang produktif di zaman ini. Di antara karyanya adalah dalam bidang perbandingan agama pada tahun 1971 yang bertajur Islam and Buddhism in the Modern World.

KERJAYA

Sejak tahun 1991, beliau bertindak sebagai Pengarah Pengajian Islam bagi Joint Committee of Muslim Organization of Greater New York. 

Pernah berkhidmat selama sepuluh tahun sebagai khatib , membaca khutbah Jumaat di ibu pejabat Bangsa-bangsa Bersatu, New York.

Beliau banyak merantau ke seluruh dunia dalam menjalankan misi Islam.