Habib Abu Bakar al-Adni

Kerana Kita Umat Akhir Zaman

HABIB ABU BAKAR AL-ADNI BIN ALI AL- MASYHUR

KELAHIRAN

Dilahirkan di kota Ahwar pada tahun 1366 H.  Ketika masih belia beliau telah menghafal al-Quran. Beliau mula belajar dengan ayahnya sendiri dan para ulama di kawasan Hadramaut, seperti Ahwar, Aden dan sekitarnya.

Sejak berumur 14 tahun beliau telah dilatih oleh ayahnya untuk membuat konsep Khutbah Jumaat dan  akhirnya disampaikan di mimbar.

PENDIDIKAN

Beliau lulusan dari Universiti Aden jurusan Tarbiyah. Hasratnya ingin melanjutkan pelajaran ke al-Azhar menjadi sirna apabila beliau berguru dengan al-Quthub al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf. 

PENULISAN

Beliau mencurahkan firkah fikirannya dalam karya-karya yang mencapai lebih dari 150 judul dalam berbagai disiplin ilmu. Bahkan beliau telah menghasilkan karya yang belum pernah ditulis oleh ulama sebelumnya.

Iaitu Fiqh Tahawwulat yang mengupas fenomena-fenomena yang terjadi menjelang hampirnya Kiamat. Perbahasan dalam Fiqh Tahawwulat menjadi rujukan dalam mengambil sikap tatkala menghadapi fitnah-fitnah yang muncul di akhir zaman.